Cara dapatkan saiz cincin yang betul
Jadi, disini kita akan mulakan topic tentang cincin terlebih dahulu. Terdapat dua jenis size cincin yang digunakan di Malaysia. Iaitu US SIZE dan ASIAN / HK Size.
US SIZE
- SIZE US ialah size international yang sering digunakan jika anda membeli cincin secara online di website luar negara. Malah di Malaysia juga ramai peniaga cincin online juga guna US SIZE.
- US SIZE biasanya bermula dari Size 3 hingga Size 13. Tetapi size ini tidak digunakan dimana-mana kedai cincin silver atau emas di Malaysia. Dan kami juga tidak mengunakan size ini.
- Kebiasaanya US SIZE digunakan untuk cincin-cincin plastik dan cincin stainless steel. Jika anda pernah membeli cincin plastic, atau stainless steel. Anda akan dapati mereka gunakan size ini, kerana cincin-cincin tersebut diimport dari luar negara.
- Size yang sering digunakan di kedai-kedai cincin emas/platinum/silver di Malaysia. HK size ialah singkatan dari Hong Kong.
- Size bermula dari saiz 1 hingga 30. Tetapi biasanya yang dijual bermula dari size 6 hingga 25.
- Semua cincin emas, atau silver tulen, pasti akan mengunakan size asia.
Jadi kadangkala, sesetengah customer mengatakan yang dia pakai size 10. Kita menyangka ianya size 10 Asia, tetapi rupanya ialah 10 US, lalu di sini customer akan dapat saiz yang salah. Untuk memahami size-size ini, sila lihat carta dan FAHAMI cara mengukur di bawah. Ada 2 kaedah untuk dapatkan size jari/cincin.
πKertas lurus yang telah dipotong(paper strip)
Macam ni
Jangan tak lurus tau
πPen/pencil atau apa-apa benda yang boleh dibuat tulis
πKertas untuk catat saiz(tak kisah saiz apa)
πPembaris(untuk ukur)
Okeyh macam ni caranya:
langkah 1:Letakkan kertas tersebut dibawah jari anda seperti di dalam gambar dibawah
langkah 2:Kemudian lilitkan kertas tersebut dijari anda dengan SEKETAT MUNGKIN.
(Ianya penting untuk memastikannya seketat mungkin untuk mendapatkan size yang betul. Dalam proses ini, kemungkinan kertas akan terkoyak beberapa kali, tetapi itu menandakan anda benar- benar mencuba untuk dapatkan lilitan yang kuat)
Walau sekuat mana pun lilitan yang dibuat, ianya tidak akan membuat anda tidak selesa atau menghentikan perjalanan darah, kerana ianya kertas dan boleh terkoyak sekiranya terlalu kuat. Dan cincin yang anda akan perolehi akan rasa selasa dan bukannya ketat sekiranya anda melalukannya dengan betul.
Adalah sangat digalakkan bagi anda untuk mendapatkan TEMAN UNTUK MEMBANTU anda dalam process ini. Kerana kemungkinan besar ukuran yang anda tandakan ialah salah apabila melalukannya seorang diri.
Kertas yang telah dililitkan.Ia dililitkan dengan ketat untuk memastikan tiada ruang.
Langkah 3:Dengan berhati-hati, lilitan dilengkapkan. Dari sini boleh dilihat yang jari berada dalam keadaan tertekan, ini menandakan lilitan dilakukan dengan betul. Boleh dilihat penghujung kertas dari anak panah didalam gambar. Ambil pen dan tandakan titik pertemuan itu.
langkah 4:Setelah ditanda, kini lilitan boleh dibuka dan dibentangkan dengan selari bersama pembaris.
Sila letakkan kertas anda seperti dalam gambar diatas, pastikan ukuran kertas dimulakan dari 0cm hingga bahagian yang ditandakan.
Seperti contoh ukuran yang kami dapat diatas ialah 4.8cm.
Jangan anda bundarkan ukuran yang anda dapat.
Sebagai contoh, sekiranya ia 4.9cm, jangan anda tulis 5cm.
π‘
langkah 5:Catatkan ukuran anda tadi di kertas nota yang telah anda sediakan.
Kemudian ambil kertas lilitan tadi (atau digalakkan mengunakan yang baru) dan ulangi lilitan semula dan catat sekali lagi ukuran yang anda dapat.
Langkah ini diulang buat kali terakhir untuk mendapatkan 3 ukuran yang mungkin berbeza atau sama.
(Supaya tak tersilap)
Lihat gambar dibawah.
Kesimpulan:
Langkah ini telah diulang sebanyak 3 kali, dan ukuran yang kami dapat ialah 4.8cm, 4.7cm dan 4.7cm buat kali kedua.
Untuk kepastian kami mengulangi buat kali keempat serta terakhir dan mendapatkan ukuran 4.7cm juga. Setelah dari circumference (ukur lilit) kepada size asia melalui carta dibawah, ternyata size yang kami dapat ialah tepat. Kerana sememangnya Kak Misha dari Elfi Jewellery memakai cincin size 7 =).
Carta saiz
kalau saiz yang kita dapat tak ada dalam carta,ambil saiz yang paling terdekat
contohnya macam saiz kak misha tadi 4.7cm tapi tak ada dalam carta(circumference) yang ada cuma 4.68 bundarkan jadi 4.7.Jadi saiznya 7
Kaedah kedua, ukur cincin yang sedia ada (yang anda sedang pakai) menggunakan pembaris.
Caranya dengan menggunakan pembaris, ukur bahagian diameter dalaman cincin (inner diameter) sahaja, dan letakkan pembaris atas cincin dan ukur bermula dari 0cm.
Tengok contoh di bawah, bacaan menunjukkan 1.7cm, rujuk pada carta saiz di atas, 1.7cm inner ring measrument ialah saiz 13 (ambil bacaan yg paling dekat dgn 1.7cm, iaitu 1.69cm).Yang ini diameter tadi circumference
tengok video di bawah
Kalau saiz 6.1 sesuai saiz 9 us kn?
ReplyDeleteKalau normal size brp?
ReplyDeleteKalau saiz 6cm saiz uk berapa
ReplyDeleteklu 3.7 cm sesuai saiz brapa?
ReplyDeleteKalau 6.2 said brapa?
ReplyDeletesusah gile nak faham
ReplyDeleteXpayah pakai cincin πππ
DeleteSekarang ada tali tape...ukur guna tali tape xboleh ke
ReplyDeleteKalau 7cm saiz berapa ye..
ReplyDeleteKalau 6.5cm saiz 13 or 14 ya..tolong bantu
ReplyDeletekalau 5.6 cm?
ReplyDeletekalo ikut carta tu saiz 15 or 16 le
Deletekalau 5.5 cm berapa ya size nya
ReplyDeleteSize 7 brpe ye?
ReplyDelete5.5cm brpe dgn saiz brpe us?
ReplyDeleteidm full crack is a tool that scans your PC and clean up unnecessary things.
ReplyDeleteWebsite yang sangat informatif sekali, terimakasih sudah menulis artikel yang sangat bagus ini,semoga website ini selalu sukses dalam menulis artikel yang berguna ini.
ReplyDeleteArticle and photos were very helpful for me. I got some new information from here, To have men's biker ring just see the website.
ReplyDelete